Sabtu, 05 Januari 2019

BERMUJAHADAHLAH DIJALAN ALLAH DEMI KESEJAHTERAAN YANG ABADI...


Allah SWT berfirman;

فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ

"Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang terus menerus memancutkan airnya". [Surah ar-Rahman 66]

Balasan bagi orang-orang yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh ialah syurga yang tersangat indah. Tempat yang menenangkan, mendamaikan dan membahagiakan. Tiada lagi kepenatan, kedukaan dan ujian. Hanya kegembiraan semata-mata dan selama-lamanya.

Persoalannya, bagaimana cara untuk memasuki syurga? Inilah yang perlu difikirkan, bukannya fikir tentang indah syurga semata kerana syurga memang indah dan dipenuhi nikmat. Masalahnya amal yang kita lakukan adakah indah? Layakkah kita ke syurga??

Berkata Hatim al-Asham rahimahullah: "Siapa yang berpaling daripada empat perkara dan menuju kepada empat perkara lain, maka dia akan memperolehi syurga, iaitu:

1. Meninggalkan nikmatnya tidur bagi persiapan alam kubur (sentiasa bangun ibadah malam),
2. Meninggalkan sikap sombong untuk menambah beratnya timbangan amal kebaikan,
3. Meninggalkan rehat badan untuk segera melakukan amal soleh, berjuang dan bermujahadah dijalan Allah bagi menyegera dan memudahkannya untuk melintasi jambatan (sirat) pada hari kiamat,
4. Meninggalkan kemahuan syahwat untuk melakukan ibadah dengan giat dan memperolehi syurga.

♡Memasuki syurga bukan dengan khayalan dan angan-angan. Berusahalah memperolehi rahmat dan redha Allah dengan istiqamah beramal dan berjuang menentang nafsu dan segala gangguan yang merosakkan amalan. 
Ayuh!! Jom kita sama2 berjuang dan bermujahadah dijalan Allah♡