Sabtu, 27 Agustus 2022

senantiasa Memaafkan MU

 


Sepanjang perkenalan kita sehingga kita di jodoh kan.. tak pernah terlintas di fikiran ku untuk meninggalkanmu...

Dan Perkara yang aku takutkan itu terjadi saat ini walaupun kita cuba untuk bertahan selama 13 tahun...

Terlalu banyak alur cerita dan kenangan yang telah tercipta kan...

Andai kau tahu akan hari hari ku..

Aku rindu akan sentuh MU...

Aku tercari aku suara Mu..

Aku dahagakan peluk dan kasih MU..

Aku Rindu akan harum bau mu...

Seperti mana yang kau tahu...

Aku lemah tanpa MU..

Kerana kekuatan dan semangat ku ada di diri MU...

Kerana kau adalah rusuk kiri ku..

Dan kini hari hari ku sama seperti yang kau lihat..

Sehingga aku Mula faham akan maksud tangisan tak berlagu..

Walau telah ku cuba untuk menahan nya tapi tangisan trus mengalir walau tidak ku undang...

Malam ku tercari akan dirimu..

Setiap kali makan ku kini ku niat kan keatas dirimu yang memasaknya...

Walaupun rasa berbeda... 

Terlelap nya mata ku jika lelah dan penat ku rasakan walau hanya untuk beberapa jam sahaja dan di bantu ubat tidur ku dapatkan di farmasi.. walaupun telah di larang pakar..

Makan ku juga begitu..tiap hari ku melawan gastrik yang semakin teruk...

Tiap hari ku menahan rasa sakit dada dan sesak nafas ku menahan tangis air mata ku kerana terlalu merindukan mu...

Hargailah pasangan kalian selagi dia ada.Jangan persiakan pasangan yg setia dengan mu.Jadilah pasangan yg setia dengan cinta hati kalian..sebelum kehilangan..segalanya..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar