المرأة الصالحة، إذا نظر إليها سرته، و إذا أمرها أطاعته، و إذا غاب عنها حفظته. (رواه أبو داود)
Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah ﷺ bersabda : " Mahukah kamu aku khabarkan tentang sebaik-baik harta bagi seorang lelaki ? Adalah wanita (isteri) solehah. Apabila kamu melihat kepadanya, dia akan membahagiakan, apabila kamu memberi arahan kepadanya, dia akan mentaati dan apabila kamu tidak berada disisinya, dia pasti akan menjaga maruah dirimu."
Isteri yang solehah adalah sebaik-baik perhiasan dan harta bagi seorang suami.
Tujuan menikah adalah untuk menjadi isteri yang solehah. Keredhaan Allah terletak pada khidmat seorang isteri terhadap suaminya.
Isteri yang solehah itu bagaimana ?
Selalu menyenangkan hati suaminya.
Dia taat pada Allah, pada Rasulullah dan taat suaminya.
Isteri yang solehah sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik pada suaminya, hatta dia selalu menampilkan yang terbaik yang tercantik ketika dihadapan suaminya agar suaminya senang hati dan cinta kepadanya.
Memanggil suami dengan panggilan yang disukai oleh suami.
Selalu memandang suami dengan wajah yang tersenyum
يستغفر للمرأة المطيعة زوجها : الطير في الهوى و الحتان في الماء و الملائكة في السماء، ما دامت في رضى زوجها
Wanita yang taat suaminya, burung-burung akan meminta keampunan untuknya, makhluq-makhluq di lautan juga akan meminta keampunan untuknya, dan malaikat di langit akan meminta keampunan untuknya selagimana isteri itu berada didalam redha seorang suami.
Menyenangkan hati suami itu satu ibadah. Wanita yang faham didalam pernikahan itu adanya redha Allah, maka dia akan selalu berusaha melakukan yang terbaik untuk suaminya.
Suami apabila senang dengan isterinya, dia redha akan isterinya maka dia akan melayani dengan penuh kelembutan dan kasih sayang serta memuliakan isterinya.
Seorang isteri apabila taat suaminya maka dia akan mendpaat kemuliaan disisi Allah.
Ikutilah keindahan dan kemuliaan akhlaq Sayyidah Khadijah Al-Kubro didalam pernikahannya bersama Rasulullah ﷺ. Beliau bahkanenggunakan seluruh tenaga dan upayanya untuk membantu dan berkhidmat kepada Rasulullah. Semua ini kerana beliau telah berbaiat cinta dengan Rasulullah. Demi cinta kepada Rasulullah, beliau sanggup melakukan apa sahaja. MasyaAllah
Semoga Allah SWT menjadikan kita semua sebagai wanita yang solehah,isteri yang solehah, wanita yang diredhai Allah dan Rasulullah didunia dan akhirat. Berusahalah untuk itu, Allah melihat setiap usaha dan pengorbananmu. Kelak DIA akan menempatkanmu di kedudukan yang mulia disisiNYA. Ameen
Semoga bermanfaat
Tidak ada komentar:
Posting Komentar